Sabtu, 22 Januari 2022

75 - JAGA LIDAH : TUTOR KATA JIKA MAHU HIDUP AMAN DAMAI.

 


Allah SWT berfirman:

...إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
"Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan Hah, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."(Al-Isra' :23)
Seterusnya Allah SWT berfirman:
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),"
(Al-Ahzab:70).
1. Dua ayat di atas merupakan ciri komunikasi melalui lidah yang baik anjuran Allah SWT bagi seseorang individu khasnya dan masyarakat amnya.Allah SWT memandu manusia bagaimana cara berkomunikasi melalui cara
قَوْلًا كَرِيمًا
perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." dan
قَوْلًا سَدِيدًا
perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara).
2. Kedua cara di atas secara keseluruhannya mengandungi ciri seperti tidak menyinggung perasaan,mengandungi unsur kasih sayang,lemah lembut dan tidak kasar,memberi penghormatan dan pujian serta penghargaan.Inilah ciri komunikasi yang baik.Dalam kajian komunikasi, didapati bahawa komunikasi yang baik(melalui lidah) ini mampu menarik minat rakan-rakan, keluarga mahupun orang di sekeliling untuk menyukai seseorang.Mengucapkan kata-kata yang baik bukanlah sia-sia di sisi Allah SWT. Jika Allah memerintahkan sesuatu perkara yang baik, tentulah kebaikan itu kembali kepada orang yang mengamalkannya.Sabda Nabi SAW,
إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ الله تَعَالَى مَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللهُ بِهَا دَرَجاتٍ، وإنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلَمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا في جَهَنَّمَ
“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu kata-kata yang diredhai Allah tanpa dia menaruh perhatian padanya maka Allah mengangkatnya lantaran ucapannya itu beberapa darjat. Dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang dimurkai Allah tanpa memikirkannya maka ia menjerumuskannya ke dalam Neraka Jahannam.” (HR Al-Bukhari).
3. Kadangkala, berbicara dengan rakan sendiri pun boleh menimbulkan pergaduhan dan tidak bertegur sapa.Ini mungkin terjadi disebabkan penggunaan perkataan yang kurang sesuai, sekali gus membuatkan rakan berkecil hati.Hubungan persahabatan yang telah lama terjalin juga menjadi terjejas jika seseorang kurang peka dengan perasaan rakan.Itulah salah satu punca yang menyebabkan berlakunya krisis,perselisihan dan tidak bertegur sapa dalam sesebuah organisasi seperti pejabat,masjid@surau,jiran tetangga, keluarga, adik beradik khasnya dan dalam masyarakat amnya.Oleh sebab percakapan yang diucapkan kepada adik beradik adalah kasar, tidak berhati-hati dan menyinggung perasaan, maka putus hubungan silaturahim. Justeru tepatlah kata pepatah "kerana mulut badan binasa".Jika seseorang itu bersikap lemah lembut dalam tingkahlaku dan percakapan, banyak kebaikan yang akan diperolehi berdalilkan sebuah hadis bersumber daripada isteri Nabi SAW,
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لَا يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ
"Dari ‘Aisyah R.Anha isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai 'Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR Muslim) Status: Hadis Sahih.
4. Kini peranan komunikasi melalui lidah diambil oleh tangan dalam bentuk penulisan.Pada era media sosial seperti (WhatAppts ,Tweeter,
Facebook dan seumpamanya) ,bentuk komunikasi yang ditulis, (jika baik) akan mempengaruhi perhubungan sama ada boleh kekal atau putus.Seseorang yang merasa dirinya disindir,dicaci dan sebagainya dalam media sosial akan segera "left" group tersebut.Dalam wall facebook seseorang akan "block" orang yang dirasakannya tidak menyenangkan hatinya kerana tulisannya kasar,memfitnah, suka memaki hamun orang lain dan sebagainya.Akibatnya (oleh sebab perasaannya dilukai dia merasa sakit hati) lalu memutuskan hubungan dan tidak mahu lagi bertegur apabila bertemu.Inilah kesan buruk daripada percakapan atau penulisan yang buruk.Maka kembalilah kepada arahan Allah berdasarkan panduan yang telah ditunjukkan-Nya dalam kitab-Nya iaitu al-Quran jika ingin selamat dan dapat redha-Nya di dunia dan akhirat.Nabi SAW menjelaskan tentang sifat seorang yang mengaku dia seorang mukmin. Sabdanya,
لَيْسَ المُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الفَاحِشِ وَلَا البَذِيءِ
"Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar" . (HR al-Tirmizi)
5. Setiap individu diberi Allah akal untuk berfikir (baik dan buruk) sesuatu perkara termasuk percakapan@komunikasi. Nabi SAW memberi peringatan dalam sabdanya,
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Imam Al-Nawawi RHM mengulas hadis ini dengan mengatakan, "jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang hendaklah tidak berbicara kecuali apabila perbicaraan itu adalah baik, iaitu hal yang telah jelas kemaslahatannya.Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak berbicara.”.Demikianlah panduan yang djberikan oleh Allah SWT dan juga Rasul-Nya untuk menjaga kehormonian hidup manusia amnya dan umat Islam khasnya iaitu melalui percakapan mereka.
Tazkirah Subuh:
///
Ex Warran Officer (WO YoS sd-special duty) BJ (R)
Analysis Data & Cryptology (critical & strategic AF)
EiWR @ RSD-PE
DMI-4 @ RISIK 4
BSPP - Bhg Staff Perisikan Pertahanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

(101) - Berbilang Jenis : Type Golongan Manusia Mengaku Ulama'. Hindari Dari Ulama' Sue - Jahat : Menyeleweng.

Benarkah Tan Sri Haji Hadi berstatus Ulama' Warasatul Ambia' ??? GOLONGAN MENGAKU ULAMA' ITU BERBILANG2 TYPE : JENIS TERMASUK UL...